Kini anda boleh daftar Grab Driver di Malaysia secara percuma dan mulakan proses dalam 24-jam (Isnin – Jumaat). Proses pendaftaran 2024, semua pemohon baru wajib mendaftar diri secara online. Klik butang DAFTAR SEKARANG untuk semak kelayakan pemandu dan mulakan proses pendaftaran Grab Driver anda. 

  • Subsidi kos PSV dan EVP sebanyak Rm300
  • Part Time & Full Time.
  • Tanpa Perlu Hadir Ke Grab Hub/Grab GDC. (BARU)
  • PSV Bersama Grab adalah PERCUMA (Slot terhad – Untuk pemohon kali pertama sahaja) 
  • Pemohon luar kawasan Lembah Klang layak tebusan kos PSV.
  • Pengesahan dan semakan dokumen secara atas talian.
  • Program Pembayaran-Balik Kursus PSV Dan Puspakom.

Pengenalan Kepada Grab

GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. (dikenali sebagai Grab) ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar, dan Kemboja. Walaupun pada asalnya bersaing dengan Uber, pengambilan Grab untuk operasi Asia Tenggara Uber pada Mac 2018 telah menjadikannya satu-satunya perkhidmatan perkongsian utama di rantau ini.

Apa Itu GrabCar?

GrabCar memberi kebebasan kepada anda untuk pandu dan online pada bila-bila masa. Anda hanya perlu online aplikasi Grab Driver anda dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan kepada penumpang yang menempah melalui aplikasi Grab. Ia adalah cara yang paling mudah dan fleksible untuk menjana pendapatan.

Kenapa Pandu GrabCar?

JANA PENDAPATAN

Ciri Heatmap di dalam aplikasi Grab Driver akan menunjukkan kawasan yang mempunyai permintaaan yang tinggi. Ciri "Tipping" di dalam aplikasi Grab membenarkan penumpang memberi ganjaran tambahan kepada pemandu.

MASA KERJA FLEKSIBLE

Pilih waktu yang betul untuk memaksimakan pendapatan anda dalam masa yang singkat. Pilih destinasi yang ingin dielakkan melalui ciri "Driver Choices" di dalam aplikasi Grab Driver

KESELAMATAN

Keselamatan diutamakan. Pemandu boleh kongsikan perjalanan secara langsung kepada keluarga. Kini semua penumpang akan melalui pengesahan muka dan dokumen pengenalan identiti sebelum menempah Grab.

FAEDAH EKSLUSIF

Dapatkan faedah dan ganjaran melalui program GrabBenefit melalui aplikasi Grab Driver. Kunjungi Grab Driver Pit Stop berdekatan untuk berehat sambil menikmati kopi percuma.

Apakah Pandangan Grab Driver?

Syarat Grab Driver

register grab

Syarat Kenderaan

Kereta buatan 2010 dan mempunyai 4-pintu.

daftar grab

Bandar Pendaftaran

Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Kuala Terengganu,Pulau Pinang, Sabah and Sarawak.

register grab driver malaysia

Syarat Handphone

Android 4.1 or IOS 10.0 Smartphones.

daftar grab driver malaysia

Malaysian Citizen

Warganegara Malaysia berusia 21-70 Tahun dengan Lesen Memandu Penuh D/DA (Lesen P TIDAK diterima)

Perkara yang perlu anda tahu semasa memandu Grab

Setelah anda melengkapkan kesemua langkah yang diperlukan untuk menjadi seorang Grab Driver, berikut adalah perkara yang anda patut tahu untuk memastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia:

Pastikan anda melakukan perkara berikut semasa memandu:

  1. Memaparkan pelekat e-Hailing di cermin depan dan belakang kenderaan anda
  2. Mempunyai lesen PSV
  3. Mempunyai cakera PUSPAKOM di cermin depan kenderaan (untuk kenderaan 3 tahun ke atas)
  4. Ketahui mana untuk mencari nombor EVP anda.

Anda boleh mendaftar sebagai pemandu Grab di Malaysia sekiranya anda boleh memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia berumur 21-70 tahun (MyKad Biru)
  • Lesen Memandu D/DA (Lesen P TIDAK diterima)
  • Akaun bank persendirian yang dibuka dengan MyKad sendiri.
  • Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Semak kelayakan kereta rejected Grabcar list
  • Tiada masalah kesihatan yang akan menjejaskan prestasi memandu kereta.
  • Latar Belakang yang bersih
  • Tiada rekod jenayah silam
  • Tidak lebih dari tiga (3) saman trafik dalam 1 tahun (Termasuk speeding, langgar lari, pemanduan bahaya, lampu merah)

Grab Driver Login

Bagaimana nak login Grab Driver app?

  1. Klik DAFTAR SEKARANG dan semak syarat dan dokumen diperlukan.

  2. Isi dan hantar borang pendaftaran tersebut.

  3. Hantar butiran sendiri kepada admin pendaftaran anda melalui WhatsApp.

  4. Ikut dan lengkapkan langkah diberi oleh admin pendaftaran.

 

Bila saya boleh login Grab Driver app?

  1. Selepas anda selesai melengkapi langkah yang diberi admin pendaftaran. Admin akan hantar nota dan status pendaftaran kepada anda. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa selama 4-minggu kerana proses pendaftaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

  2. Selepas pendaftaran account anda diproses dan diaktifkan. Anda akan menerima dua SMS iaitu Approval dan Activation.

  3. Account anda telah berjaya diaktifkan selepas menerima dua SMS tersebut.

  4. Kredit Grab percuma akan dimasukkan ke dalam Credit Wallet dan butiran EVP akan dinyatakan di dalam Profil Pemandu.

Testimoni Grab Driver

Program Pembayaran Balik Grab

Pemandu yang memohon Lesen PSV melalui institut memandu layak menebus RM10o dari Pihak Grab.

Pemandu yang berjaya mengaktifkan account dapat menebus RM20 untuk Kad PSV, RM80 untuk pemeriksaan kesihatan JPJ dan RM70 untuk pemeriksaan E-Hailing Puspakom.

Kos EVP (E-Hailing Vehicle Permit) RM115 akan ditanggung oleh Pihak Grab.

SOALAN LAZIM(FAQ)

SYARAT PEMANDU
  • Warganegara Malaysia (MyKad Biru/MyTentera Sahaja)
  • Minimum Umur 21-Tahun Ke Atas
  • Kereta buatan 2010 ke atas dan mempunyai 4-pintu
  • Lesen Memandu Penuh D/DA (P dan L TIDAK diterima)
SYARAT KENDERAAN

Terdapat pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi Grab untuk keperluan setiap penumpang. Setiap perkhidmatan mempunyai tambang dan syarat-syarat; contohnya jenis kereta, prestasi pemandu dan sebagainya.

Kereta yang TIDAK layak

  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Kenari
  • Inokom Atos (Old model 2007-2010)
  • Inokom Matrix
  • Renault Kangoo
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Gen 2
  • Proton Savvy
  • Proton Satria Neo (2 Doors)
  • Proton Waja (Only rejected in Sabah)
  • Kia Spectra/Naza Spectra
  • Kia Sutera/Naza Sutera
  • Kia Picanto/Naza Picanto(Old model 2007-2010)
  • Honda CR-Z (2 Doors)
  • Hyundai Getz (Old model 2007-2010)
  • Hyundai i10 (Old model 2007-2010)
  • Chevrolet Aveo (Old model 2007-2010)
  • Changan Era CM8
  • 2 Doors Vehicles
  • Taxi vehicles / Personal Advertised vehicles

*Sekiranya model kereta anda TIDAK tertera dalam list di atas, maksudnya kereta anda LAYAK untuk pendaftaran Grab.

**Kenderaan berusia 15-tahun dan ke bawah akan diterima sehingga pengumuman lanjut dari pihak berkuasa termasuk pemandu GrabCar lama.

Pihak Grab berhak untuk menambah atau mengeluarkan model kereta dalam list kelayakan tanpa notis.

FLEKSIBILITI PEMANDU

Grab beroperasi 24-jam dan 7-hari seminggu. Pemandu boleh online aplikasi Grab Driver dan memandu pada bila-bila masa mengikuti jadual masing-masing.

Sila rujuk pada admin pendaftaran untuk maklumat lanjut.

PURATA PENDAPATAN

Secara purata, pemandu GrabCar dapat menjana anggaran RM20-40 sejam bergantung pada permintaan semasa.

Jumlah pendapatan bulanan adalah terpulang kepada pemandu.

GROUP SUPPORT

Selepas anda berjaya didaftarkan melalui borang pendaftaran di dalam page ini. Anda akan dimasukkan ke dalam WhatsApp Group Pemandu dan anda juga akan menerima kredit permulaan percuma RM20. Sila rujuk kepada admin pendaftaran untuk maklumat lanjut.

WhatsApp Group Available:

  • BM/English
  • Ladies Only
  • Mandarin-Language Specific Group
 
INFO LESEN PSV, INSURAN E-HAILING, PUSPAKOM DAN EVP

Mulai 12th Oktober 2019, setiap pemandu e-hailing WAJIB mempunyai Lesen PSV (Public Service Vehicle) Teksi/Kereta Sewa/E-Hailing.

Selain dari itu, kereta berdaftar juga perlu mempunyai perlindungan e-hailing.

Setiap kereta yang beroperasi atas aplikasi Grab wajib mempunyai EVP (E-Hailing Vehicle Permit).

Sekiranya anda mendaftar melalui borang di dalam page ini. Admin Grab akan memberi langkah-langkah cara mendaftar lesen PSV, E-Hailing Insuran, EVP Grab dalam masa yang singkat.

 
BOLEHKAH SAYA DAFTAR DENGAN KERETA BUKAN MILIK SAYA?

Boleh, pemandu yang berdaftar boleh memandu GrabCar dengan kereta bukan hak milik.

Syarat-syarat:

  • Nama pemandu berdaftar ditulis di dalam covernote insuran kereta tersebut 
  • Insuran Kereta tersebut dibawah perlindungan ALL DRIVER/AUTHORISED DRIVER/ANY AUTHORISED DRIVER 
SAYA PERNAH PANDU UNTUK GRAB/GRAB FOOD/GRAB BIKE/GRAB EXPRESS/GRAB TAXI

Kalau anda pernah pandu untuk GrabCar/Grab Bike/Grab Food/Grab Express/ Grab Taxi.

Anda TIDAK PERLU daftar semula. Call Existing Driver Support 1300-80-6688 untuk pengaktifan/rayuan account.

 
SAYA TIDAK MEMPUNYAI KERETA. BOLEHKAH SAYA DAFTAR?

Atas kesulitan EVP (E-Hailing Vehicle Permit), pada masa sekarang kita hanya boleh proses pemandu GrabCar yang berdaftar dengan kereta persendirian/sendiri.

Pihak kami tiada menyediakan perkhidmatan kereta sewa.

 
SAYA HANYA MEMILKI MOTOSIKAL. ADAKAH SAYA LAYAK MENDAFTAR?

Sekiranya anda memiliki motosikal dan menetap di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Anda boleh mendaftar sebagai rider GrabFood dan GrabExpress.

Rujuk laman web di bawah untuk maklumat lanjut:

Daftar GrabFood And GrabExpress Rider

daftar grab driver malaysia

For Enquiries:
Name: Puan Dayang Norhafiza