Kini anda boleh daftar Grab Driver di Malaysia secara PERCUMA dan mulakan proses pendaftaran seawal 24 jam bekerja (Isnin – Jumaat). Semua pemohon baru diwajibkan mendaftar secara online. Klik butang DAFTAR SEKARANG untuk semak kelayakan dan mulakan proses pendaftaran Grab Driver anda.
Kelebihan mendaftar Grab Driver:
- Subsidi kos PSV & EVP sehingga RM300
- Waktu kerja fleksibel — pandu bila-bila masa
- Tidak perlu hadir ke Grab Hub / Grab GDC (tertakluk kawasan & proses semasa)
- PSV bersama Grab adalah PERCUMA untuk pemohon kali pertama (slot terhad)
- Pemohon luar Lembah Klang layak menuntut tebusan kos PSV
- Semakan dan pengesahan dokumen dilakukan secara online
- Program pembayaran balik kos kursus PSV & PUSPAKOM
- Kuota tambahan subsidi minyak BUDI95 sehingga 600L & 800L tersedia untuk pemandu yang layak
Pengenalan Kepada Grab
Grab ialah sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi mudah alih di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.
Grab pada asalnya dikenali sebagai GrabTaxi dan berkembang menjadi antara platform e-hailing terbesar di Asia Tenggara. Pada tahun 2018, Grab mengambil alih operasi Uber di rantau Asia Tenggara, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu platform e-hailing utama di rantau ini.
Apa Itu GrabCar?
GrabCar memberi kebebasan kepada anda untuk memandu dan online pada bila-bila masa mengikut jadual sendiri. Anda hanya perlu online di aplikasi Grab Driver dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan kepada penumpang yang membuat tempahan melalui aplikasi Grab.
Ia merupakan cara yang mudah, fleksibel dan sesuai untuk menjana pendapatan tambahan atau sepenuh masa mengikut masa lapang anda sendiri.
Kenapa Pandu GrabCar?

JANA PENDAPATAN
Ciri Heatmap di dalam aplikasi Grab Driver akan menunjukkan kawasan yang mempunyai permintaaan yang tinggi. Ciri "Tipping" di dalam aplikasi Grab membenarkan penumpang memberi ganjaran tambahan kepada pemandu.

MASA KERJA FLEKSIBLE
Pilih waktu yang betul untuk memaksimakan pendapatan anda dalam masa yang singkat. Pilih destinasi yang ingin dielakkan melalui ciri "Driver Choices" di dalam aplikasi Grab Driver

KESELAMATAN
Keselamatan diutamakan. Pemandu boleh kongsikan perjalanan secara langsung kepada keluarga. Kini semua penumpang akan melalui pengesahan muka dan dokumen pengenalan identiti sebelum menempah Grab.

FAEDAH EKSLUSIF
Dapatkan faedah dan ganjaran melalui program GrabBenefit melalui aplikasi Grab Driver. Kunjungi Grab Driver Pit Stop berdekatan untuk berehat sambil menikmati kopi percuma.
Apakah Pandangan Grab Driver?



Syarat Grab Driver

Syarat Kenderaan
Kereta mestilah berusia 15 tahun dan ke bawah serta mempunyai minimum 4 pintu.

Bandar Pendaftaran
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Kuala Terengganu,Pulau Pinang, Sabah and Sarawak.

Syarat Handphone
Android 4.1 or IOS 10.0 Smartphones.

Malaysian Citizen
Warganegara Malaysia berusia 21–69 tahun dengan Lesen Memandu Penuh Kelas D/DA (Lesen P tidak diterima).
Perkara yang perlu anda tahu semasa memandu Grab
Setelah anda melengkapkan kesemua langkah yang diperlukan untuk menjadi seorang Grab Driver, berikut adalah perkara yang anda patut tahu untuk memastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia:
Pastikan anda melakukan perkara berikut semasa memandu:
- Memaparkan pelekat e-Hailing di cermin depan dan belakang kenderaan anda
- Mempunyai lesen PSV
- Mempunyai cakera PUSPAKOM di cermin depan kenderaan (untuk kenderaan 3 tahun ke atas)
- Ketahui mana untuk mencari nombor EVP anda.
Anda boleh mendaftar sebagai pemandu Grab di Malaysia sekiranya anda boleh memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Warganegara Malaysia berumur 21-70 tahun (MyKad Biru)
- Lesen Memandu D/DA (Lesen P TIDAK diterima)
- Akaun bank persendirian yang dibuka dengan MyKad sendiri.
- Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Semak kelayakan kereta rejected Grabcar list
- Tiada masalah kesihatan yang akan menjejaskan prestasi memandu kereta.
- Latar Belakang yang bersih
- Tiada rekod jenayah silam
- Tidak lebih dari tiga (3) saman trafik dalam 1 tahun (Termasuk speeding, langgar lari, pemanduan bahaya, lampu merah)
Grab Driver Login
Bagaimana nak login Grab Driver app?
- Klik DAFTAR SEKARANG dan semak syarat dan dokumen diperlukan.
- Isi dan hantar borang pendaftaran tersebut.
- Hantar butiran sendiri kepada admin pendaftaran anda melalui WhatsApp.
- Ikut dan lengkapkan langkah diberi oleh admin pendaftaran.
Bila saya boleh login Grab Driver app?
- Selepas anda selesai melengkapi langkah yang diberi admin pendaftaran. Admin akan hantar nota dan status pendaftaran kepada anda. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa selama 4-minggu kerana proses pendaftaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan.
- Selepas pendaftaran account anda diproses dan diaktifkan. Anda akan menerima dua SMS iaitu Approval dan Activation.
- Account anda telah berjaya diaktifkan selepas menerima dua SMS tersebut.
- Kredit Grab percuma akan dimasukkan ke dalam Credit Wallet dan butiran EVP akan dinyatakan di dalam Profil Pemandu.
Testimoni Grab Driver
Program Pembayaran Balik Grab
Grab menyediakan program reimbursement khas untuk membantu mengurangkan kos permulaan kepada pemandu Grab yang baru diaktifkan.
Pemohon yang mengambil Lesen PSV melalui institut memandu bertauliah JPJ di Malaysia layak menuntut sehingga RM100 reimbursement daripada Grab (tertakluk kepada terma dan syarat terkini Grab).
Pemandu yang baru diaktifkan juga layak menuntut:
- RM20 untuk bayaran kad PSV
- RM80 untuk pemeriksaan kesihatan JPJL8A
Selain itu, kos EVP (E-Hailing Vehicle Permit) bernilai RM115 akan ditanggung sepenuhnya oleh Grab.
Pemohon baru juga boleh menikmati kelas PSV PERCUMA di Grab Driver Centre (GDC) terpilih, tertakluk kepada slot dan syarat semasa Grab.
Sila rujuk registration admin anda untuk maklumat lanjut mengenai proses claim dan program reimbursement terkini Grab.
SOALAN LAZIM(FAQ)
SYARAT PEMANDU
- Warganegara Malaysia sahaja (MyKad Biru/MyTentera)
- Berumur minimum 21 tahun dan ke atas
- Kereta berusia 15 tahun dan ke bawah serta mempunyai 4 pintu
- Mempunyai Lesen Memandu Penuh kelas D/DA (Lesen P dan L TIDAK diterima)
SYARAT KENDERAAN
Terdapat pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi Grab dengan syarat kelayakan kenderaan yang berbeza mengikut jenis servis dan prestasi pemandu.
Antara kenderaan yang TIDAK layak untuk pendaftaran Grab termasuk beberapa model lama seperti Perodua Kancil/Kelisa/Viva, Proton Wira/Iswara/Savvy, semua kenderaan 2 pintu, teksi serta kenderaan yang mempunyai iklan persendirian.
Sekiranya model kereta anda tidak tersenarai dalam senarai penolakan di atas, kebiasaannya kereta anda layak untuk pendaftaran Grab.
Kenderaan berusia 15 tahun dan ke bawah masih diterima sehingga pengumuman lanjut daripada pihak berkuasa. Pihak Grab juga berhak untuk mengubah senarai kelayakan kenderaan tanpa notis terlebih dahulu.
FLEKSIBILITI PEMANDU
Grab beroperasi 24-jam sehari, 7-hari seminggu — memberi kebebasan kepada pemandu untuk online dan memandu mengikut masa serta jadual sendiri.
Nak buat part-time selepas kerja? Nak cari pendapatan tambahan hujung minggu? Atau mahu memandu sepenuh masa? Semuanya fleksibel dengan aplikasi Grab Driver.
Online bila-bila masa, memandu di mana sahaja kawasan pilihan anda dan jana pendapatan mengikut keselesaan sendiri.
Sila rujuk admin pendaftaran untuk maklumat lanjut.
PURATA PENDAPATAN
Secara purata, pemandu GrabCar berpotensi menjana sekitar RM20–40 sejam bergantung kepada waktu, kawasan dan permintaan semasa.
Lebih lama anda online dan lebih strategik waktu pemanduan anda, lebih tinggi potensi pendapatan bulanan yang boleh dijana. Pendapatan keseluruhan adalah fleksibel dan bergantung kepada usaha serta jadual pemanduan masing-masing.
INFO LESEN PSV, INSURAN E-HAILING, PUSPAKOM DAN EVP
Mulai 12 Oktober 2019, semua pemandu e-hailing diwajibkan mempunyai Lesen PSV (Public Service Vehicle) bagi kategori Teksi/Kereta Sewa/E-Hailing untuk memandu secara sah di platform Grab.
Selain itu, setiap kenderaan yang didaftarkan juga perlu mempunyai perlindungan insurans e-hailing serta EVP (E-Hailing Vehicle Permit) yang aktif.
Jangan risau — sekiranya anda mendaftar melalui borang di page ini, admin pendaftaran Grab akan membantu dan memberi panduan langkah demi langkah untuk proses PSV, insurans e-hailing dan permohonan EVP dengan lebih mudah dan cepat.
BOLEHKAH SAYA DAFTAR DENGAN KERETA BUKAN MILIK SAYA?
Ya, pemandu yang berdaftar boleh memandu GrabCar menggunakan kereta bukan hak milik sendiri.
Syaratnya, nama pemandu perlu dinyatakan di dalam covernote insurans kenderaan tersebut atau polisi insurans mestilah mempunyai perlindungan ALL DRIVER / AUTHORISED DRIVER / ANY AUTHORISED DRIVE
SAYA PERNAH PANDU UNTUK GRAB/GRAB FOOD/GRAB BIKE/GRAB EXPRESS/GRAB TAXI
Sekiranya anda pernah memandu atau menghantar untuk GrabCar, GrabBike, GrabFood, GrabExpress atau GrabTaxi sebelum ini, anda TIDAK PERLU membuat pendaftaran baharu.
Sila log masuk ke aplikasi Grab Driver dan buat pengaktifan semula atau rayuan akaun melalui bahagian Help Centre.
SAYA TIDAK MEMPUNYAI KERETA. BOLEHKAH SAYA DAFTAR?
Disebabkan isu dan proses semasa berkaitan EVP (E-Hailing Vehicle Permit), buat masa ini kami hanya boleh memproses pendaftaran GrabCar menggunakan kereta persendirian milik sendiri.
Pihak kami juga tidak menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk tujuan pendaftaran GrabCar.
SAYA HANYA MEMILKI MOTOSIKAL. ADAKAH SAYA LAYAK MENDAFTAR?
Sekiranya anda memiliki motosikal dan menetap di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, anda boleh mendaftar sebagai rider GrabFood dan GrabExpress.
Rujuk laman web di bawah untuk maklumat lanjut:
